Pages

Monday, 30 January 2012

Cuba , Cuba dan Cuba

Assalammualaikum W.B.T ...... hemohhemoh! CUba,cuba,cuba !jyeah.saya mencubaa.sentiasa mencuba.oh yaaa? :D saja nak post gambo yg last year punya ! wedding job , yeahyeahh!pestyme dpt , hehee. tapi gambo cam hampeh jek , saya budak baru belaja=.=" sila kutuk untuk merangsang saya untuk lebih bangkit.teheeeeee-.-saya tak hebat mcm ultraman pung , saya juga tak pandai macam hagemaru , saya buta seni macam ******** sapa?ce agak,hehe.ahhh,mls nk ckp byk , nnti terkeluar ayat2 tak sepatutnya,jom tatap gambo2 org yg baru belajo menembakkkk,vroooomvrooom(aik,lain mcm bunyik sound effect dia)HAHA.

mata yang diwarnai dgn warnawarna
gambo pertama ni kununkunun nak amek part mata yang terkena warna tu,alaaa,waterkaler ke nama dia eh?eh,mata yang dibayang dengan warnaaaaa.cincin tu sebok betul lah , tumpang populariti si mata yang d bayang letew , hehehe. (kak ag's punyeeeee)


kaki sentiasa main peranan
gambo kedua plak gambo kaki pengantin perempuan.hahaha , ni mmg d upah utk amek gambo mata,gambo kaki je , muka pengantin memang takdakk,hahhaha.tapi saya suka tengok part ni ! nampak nice dimata ku,amboihhh,kepuasan diri sendirik jek nih,harap customer pon puas la yooo , hihiks :D


bunga ros yang dibasahi cahaya matahari

gambo ketiga plak gambo bunga,yeahhh bungaaaa! bunga sentiasa main peranan dalam setiap perkahwinan,SENTIASA!hehe.pepandai lak saya kan?cehhh.errr.tapi memang betul ah,kalo p wedding manamana pon mmg bunga akan ada kt tangan pengantin lelaki eh eh pengantin perempuan laa,kalo kat tgn pengantin lelaki alamat nk berderai org gelak sampai majlis tak jadi,nauzubillah,jauhjauhkanlah dari majlis tak jadi ni kan.bunga pelengkap hidup.bak kata pepatah , siapalah kumbang tanpa bunga,heee.pepatah sendirik nih.lallaaa

Raja Sehari

awwww,lastlast ni la muka keduadua raja sehari tu,cantik kan?awww,love it much! lepas puas tunjuk mata,kaki dan bunga , tatap laaa muka keduadua pengantin,amboihh,berseri seri muka keduaduanya tau,terasa nak kawen cepat2 je dibuatnya,hahhaa.ohya , moga keduadua mempelai kekal dan bahagia hingga ke akhirat,AMIN.


"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu" 

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

 Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

kat atas tu sedikit hadis perkahwinan,baca dah fahami serta terapkan dalam alam perkahwinan,insyaAllah perkahwinan akan diredhai Allah,jauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan serta meruntuhkan perkahwinan :)

No comments:

Post a Comment